Sunday 17 July 2011


Iblis Bertanya Allah Menjawab


Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." 

Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas." 

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" 

Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat." 

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" 

Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan." 

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" 

Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta." 

Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?" 

Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling." 

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" 

Firman Allah : "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku." 

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?" 

Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan." 

Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" 

Firman Allah : "Perangkap bagimu ialah wanita." 

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?" 

Firman Allah : "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya." 

Sabda Rasulullah saw : " Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." 

Jahanamlah kamu wahai iblis laknatullah...

Kisah Pemuda Dengan Gadis di Pusat Beli Belah


Perkara nie jadi 6 thn lepas, esok tuh nak puasa ler, aku ingat lagi..
sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang
lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi ler jalan
jalan kat Sungai Wang, biasa ler hari minggu... dah penat berjalan aku
pun lepak kat tingkat atas..gi kena teh ngan makan nasik ayam.

Dah
makan.. aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat
greeting card untuk member aku..perempuan ler ..hehehe (Greeting card
machine..Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah)

Aku pun
gerak member aku semua tunggu kat situ..biasa ler dia orang bukan minat
nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi
ler... ..

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak...
.mesti member aku soundnyer... .aku pun start tulis... ... ."HALLOOO"
itulah suara yang aku dok dengar..ish awek mana lak nie... sekali aku
pun pandang ler... tengok bawah dulu...

aduh..sikitnyer lawa
kaki dia.. slow-slow aku pandang atas..meh... sikit nyer cun ler... aku
takleh lah nak kata apa.. aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata
"HELLO"... ..Aku tarik nafas aku pun jawab,"HI". Aku ingat dia pun
senyum jerlah... sekali dia kata "I'M LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer
sedap nama dia..dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum... ..

LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"

AKU : "It's for my friend, Dia nyer birthday tommorow"

LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie... I hope you can help me"

Inilah
chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong.
Setelah selesai.. dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari
singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku
business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah
kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler,
dengan bangganyer aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 40 minit
jugak ler aku berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia, dan
keluarga dia dan BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe..sebab baik
katakan.. BAIK BAIK ADA MAKNA NIE..aku pun teringat member aku tunggu
kat Sg. Wang.

AKU : "Lina, Not everyday I have the pleasure to
meet a woman as beautifull as you and how I admire your softness and
your kindness and I really like to stay and try to know you better ,But
I have to go now, my friends is waiting for me. Thanks for everything,
and maybe I will call you and treat you for dinner someday..I hope you
dont mind"

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun
tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa..
tengah aku berlari nak gi Sq. Wang.. aku pun selisih ngan member-
member aku kat Jambatan tengah tuh... . aku senyum dengan bangganya.

Dia
orang sikitnyer hot..aku tak kisah.. aku pun dok cerita lah kat dia
orang apsal aku lambat.. hehehe..sekali dia orang boleh gelak kat aku..
takpa aku pun cakap kalau tak caya jum aku tunjuk... . so Kita orang pi
ler kat Lot 10 balik...

Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar
mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia..aku tgh
nak escalator dia tengah turun, aku pun sound member aku

AKU : "Tu dia..yg pakai tang top tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"

MEMBER : "Ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul"

AKU : "Ye.. jap aku tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit"

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh "HI LINA", sekali... ... ... ... ... ... .

Dia
tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling..PEH SIKIT NYER
SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun
terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak
kat situ... ..

"KENAL KONON, SETAKAT KO LER... SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku semua gelak, aku blur... ...

Ada
ker patut satu perempuan buat cam tuh kat orang macam aku nie, aku pun
tak tau nak kata apa..aku harap korang semua tak lah lalui apa yang aku
lalui.. aku betul betul tak paham... ... . Adakah semua perempuan
cantik macam nie

Mungkin kot... .Aku dah mula berfikiran negatif... tapi aku tetap suka kat dia... .sebab aku masih lagi pikir yang dia baik..

@#$% ker aku ?

Aku
rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, Aku pun tengok dia, dia pun
tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari
pandangan dia... .dia tenung aku macam tak puas hati... . aku pulak tak
faham...

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!

Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh..

Dia
terjatuh. Habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia
tersembab dan menjerit sakit, High heel dia tersangkut kat
escalator..aku terdiam, member aku semua pun senyap... ... ... ak! u
tak tau, tiba tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba
nak tolong dia..aku pun tengok atas..member aku blur..semua senyap...
tengah aku dok tolong tuh..

tiba-tiba... ...

LINA : "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"

Security
guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang
shopping bag dia, aku pun terdiam..UFFF dalam hati aku aku dah risau,
aku pencuri ker..atau ada pencuri yg dia nampak... ..aku pun senyap"

PAP!!!
aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! apa nie,aku
nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yag dah jadik nie... ... ..

Check punya check, rupa rupa handbag dia hilang... . aku pun dah takut.

Security tanya aku, mana bag dia??

Aku : "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun nak tolong dia..mana saya ada ambil beg"

LINA:
"Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik. Passport saya,
credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, Bang macam mana
nie"

AKU : "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you"

Aku dah panik... ... ..

AKU : "Tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri... apa masalah nie"

LINA: "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri... "

ADUH!!!! Aku dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..

AKU : "Then what is this ? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi "

LINA
: "Mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag I,
buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia
yang amik handbag I"

Sekali, apa yang aku cakap backfire kat
aku, aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku
pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku
macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa... .

Sampai
aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk
memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti
business card ada kat aku... . aku yang bersalah.. aku tak mengaku..

PAP!!
aku kena tampar... .aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office
dah kecoh, dia dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI
MANUSIA TAU, MANA BAG I, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA
KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI",

Itulah kata kata dia k... ... ... ... .

Dah tenat aku...

Ingat-ingat
balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku
dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku
tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku... . aku dah sedih giler.

Aku
pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada
orang datang, sikitnyer smart.. pakai jeans ngan slack..rambut panjang
ikat belakang..orang tuh cakap

Manager : "APA MASALAH NIE OK..What is your Name?"

LINA : "Lina.. I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"

Manager : "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising bising"

AKU : "Saya tak ambil..Dia yang tuduh bukan bukan"

Manager : "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"

LINA : "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil... ... sapa lagi... muka dia pun muka pencuri"

Aku
tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun dia angkat
telefon, dia pun call.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap
apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh... ..selang 10 min,
dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag
kat Lina,

"Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun
mengaku... Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang
hilang... ..semua okay... takda yang hilang..

Manager tuh pun
cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so Dia suruh
mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku
nak buat, cuma tolong dia... ... .

APA YG PATUT AKU LAKUKAN ??

Aku
pun senyap, aku pun keluar... Semua member aku tanya aku apa yang
jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so
dah settle dah, aku nak balik... .

MEMBER : "Ha'ah apsal ko @#$% sangat, ko sound lah dia..Ko cakap ko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan"

ABG
AKU : "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa...
dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati... ."

Aku
pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia,
lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh,
sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...

AKU
: "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat
apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk
tuh,busuk jugak... sekarang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku
malu... mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"

Manager : "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah tak yah kecoh kecoh"

AKU
: "Ko pun sama, dengan ko,ko dengan Lot 10 aku nak saman, aku ada saksi
member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat
apa..aku nie @#$%.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat
report kat semua.. camna?? puas hati korang"

LINA : "APa ko
ingat ko bagus?? nak report aku... .. aku tak takut ler.. ko ingat aku
boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"

AKU :
"baik ko call, nanti ko kena tahan.. padan muka... ko (manager) plak..
apa tunggu sini, gi ler call boss ko, aku nak saman nie"

Manager
: "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem
here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??"

Lina
pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka.. tapi
sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe

Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku... ..dia letak telefon.

LINA : "Nah amik nie, aku mintak maaf... ... ."

Dia
bagi aku RM300, Dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa
lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia... ... ... ... .

Dia terkesima..

"Setakat
RM300, ko ingat aku apa... ... . budak kecik boleh ler ko buat
camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok
ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."

Dia pun bengang call
bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1000, aku tak nak tapi
member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh.. sapa nak
bagi seribu free free..aku pun senyap... ... .

Aku amik cek tuh
aku pun koyak... . aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku
dah buat keputusan aku nak dia kena tahan... .

Last, dia bagi
aku sekeping cek RM10000, aku pun tergamam... ... . banyak tuh bagi
umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak
amik, member aku semua suruh amik, manager tuh pun suruh aku amik...

aku pun nak jugak amik...

so aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak bla... ... tiba tiba aku dengar dia sound aku..

LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler.. tak malu"

Aku
campak cek tuh, aku terus gi kat dia... .. aku tak kira aku tak pernah
tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat..aku baru
nak angkat tangan.. ada orang tahan aku... ... ...

"Oi..bangun oi... dah subuh dah nie... "

HAHAHA... MESTI SEMUA TENSENN... JGN MAREEE..melampau betul drama ni... wa pun terkena!

Sunday 26 June 2011

Menari Sukan Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah - Olahraga Tahunan Kali Ke 10/2011


Assalamualaikum & Selamat sejahtera,slm 1 Malaysia & slm Perak Sentiase Di Puncak Kecemerlangan kepade semue pembace.Seramai 68 org pelajar telah menyertai menari sukan Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah-Kejohanan Olahraga Kali Ke 10/2011. 8 pelajar lelaki dripde rmah merah,4 org pelajar lelaki dripde rmah kning & 6 org dripde rmah hijau,10 org pelajar prompuan dripde rmah biru,10 org pelajar lelaki dripde rmah biru,10 org pelajar prompuan dri rmah kuning,10 org pelajar prompuan dripde rmah hijau,manakala 8 org pelajar prompuan dripde rmah merah.Kesemue plajar ini diiringi oleh Cikgu Zaiton & Cikgu Zuwainah.Sebanyak 5 lagu yg dipersembahkan oleh pelajar termasuk lagu masuk barisan.Antara lagunya ialah Vengaboys-shalala lala,Mohabatain-anke khuli hooya,wonder girl-nobady,two brazil & chicken dance.Menari sukan ini dibuat selepas lumba lari tahap 1 iaitu tahun 1,2,3 ketegeri lelaki dan prompuan.


Gambar ini telah diambil sewaktu menari lagu mohabatain.Lagu ini terdapat banyak step iaitu 10-11 step.Lagu wonder girl - nobady mempunyai 6-7 step.Lagu Two Brazil mempunyai 9-10 step manakala Chicken Dance mempunyai 4 step.

Sampai disini sahajalah cerita saya.Saya sudahi dengan wabilahiltaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatu & slm sejahtera.